Sungai  NAZAK


Sungai Rambai:

Laporan: Nurul Riduan Nor Ashaha, Liza Mokhtar, Nurul Nabila Ahmad Halimy & Nurul Amalina Abd Mutalib

SUNGAI KELAS LIMA MALAYSIA

Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya sungai di Malaysia, berada dalam Kelas Lima iaitu sangat tercemar berdasarkan Standard Kebangsaan Kualiti Air Malaysia bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.





Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 juga meletakkan sembilan lagi sungai berada pada Kelas Empat iaitu tercemar antaranya lima di Johor, dua di Pulau Pinang dan satu di Melaka, Selangor/Kuala Lumpur.

24 lagi sungai berdasarkan laporan itu berada di Kelas Tiga iaitu sederhana, merangkumi sungai di tujuh buah negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur.



Slope, Rectangle, Font
Sky, Rectangle

Sungai Rambai, satu-satunya sungai berada pada Kelas Lima Standard Kebangsaan Kualiti Air Malaysia.

Map

Kampung Tanah Merah Site A

NEGERI SEMBILAN

Kampung Tanah Merah Site A

Lorem Ipsum channel make the paddle waves good digs rail fan a spray rocker, board. Clean face shredded drainer leash rank rank snap stall.



Urban design, Ecoregion, Organism, Font, Map, Line

Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Rosli Mustafa berkata, kualiti air sungai telah dinilai berdasarkan sejumlah 8,098 sampel air sungai yang telah diambil daripada 1,353 stesen pengawasan manual yang merangkumi 672 sungai di Malaysia.

24 lagi sungai berdasarkan laporan itu berada di Kelas Tiga iaitu sederhana, merangkumi sungai di tujuh buah negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur.



“ Punca utama pencemaran sungai ini adalah daripada pelepasan kumbahan atau buangan daripada kawasan penternakan atau kawasan penempatan penduduk yang terdapat di sekitar kawasan berhampiran sungai tersebut ”

Pengarah Bahagian Air & Marin

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Rosli Mustafa

“Saya sudah lama duduk di sini. Sungai  ini memang sangat kotor dan berbau tetapi saya tidak boleh cakap lebih-lebih atau saya kena”


Penduduk sekitar Sungai Rambai

Vision care, Forehead, Glasses, Nose, Face, Eyebrow, Human, Beard, Eyewear, Ear

I don't need sponsors,
I surf better when I'm broke anyway.

Dave Parmenter Surfer

“Pengiraan IKA akan menghasilkan nilai skor IKA dari 0 sehingga 100. Berdasarkan nilai ini, status kualiti air sungai akan dikategorikan sebagai bersih, sederhana tercemar dan tercemar.

“Sejumlah 443 atau 66 peratus sungai daripada 672 sungai yang dipantau JAS menunjukkan IKA bersih, 195 atau 29 peratus adalah sederhana tercemar dan 34 atau lima peratus adalah tercemar,” ujarnya.

Jelas Rosli, JAS telah memperincikan nilai skor IKA dan sungai kepada lima iaitu Kelas Satu hingga Kelas Lima dan tujuan pengelasan ini adalah untuk mengetahui kegunaan berfaedah mengikut kelas berkenaan bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan air sungai.

“Kegunaan sungai bagi Kelas Satu adalah bagi konservasi alam sekitar semula jadi yang mana tiada rawatan praktikal bagi sumber air dan spesies akuatik yang sangat sensitif manakala Kelas Dua adalah untuk kegunaan rekreasi melibatkan sentuhan air dan memerlukan rawatan konvensional.

“Sungai di Kelas Tiga memerlukan rawatan secara ekstensif dan perikanannya berdasarkan nilai sumber ekonomi dan ternakan manakala Kelas Empat adalah untuk pengairan.

“Berdasarkan IKA, sebanyak 24 daripada 34 sungai tercemar tergolong dalam Kelas Tiga, sembilan sungai adalah dalam Kelas Empat manakala satu sungai adalah Kelas Lima,” ujarnya.

Rosli berkata, tiada peningkatan bilangan sungai yang dikategorikan sebagai Kelas Lima berbanding tahun sebelumnya.




Motor vehicle, Plant, Property, Tree, Handwriting

672 Sungai

diuji Jabatan Alam Sekitar

“Sungai di kategori Kelas Lima ini tidak boleh diminum secara langsung dan tidak boleh digunakan untuk rekreasi,” katanya.

Menurutnya, kualiti air sungai yang ditentukan dari segi IKA telah menunjukkan peningkatan dan peratus bilangan sungai yang dikategorikan sebagai tercemar menurun pada tahun 2020.

“Peratus bilangan sungai yang dikategorikan sebagai bersih meningkat kepada 66 peratus pada tahun 2020 berbanding pada tahun sebelumnya manakala peratus bilangan sungai yang tercemar telah menurun daripada sembilan peratus pada tahun 2019 ke lima peratus pada tahun 2020,” ujar beliau.

Sungai Rambai berada pada kedudukan pertama sungai tercemar.

Sampah sarap, bangkai haiwan dan ulat yang sangat banyak


Pekerja di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sedang mengeluarkan alat YSI Multiparameter Digital Water Quality Meter untuk memeriksa bacaan parameter air sungai.

I don't need sponsors,
I surf better when I'm broke anyway.

Dave Parmenter Surfer

Siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Kakitangan Jabatan Alam Sekitar
mengukur tahap kualiti air

sungai dengan alatan khas

 

Alat itu dinamakan YSI

Multiparameter Digital

Water Quality Meter

      

    

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan JAS Negeri Sembilan

Shazly Ab Rahim

Ketika lensa kamera sedang asyik merakam suasana di sepanjang sungai, kami didekati oleh penduduk di situ yang pada awalnya hairan melihat tingkah laku kami, tambahan pula kenderaan yang dinaiki dipenuhi pelekat logo Sinar Harian.

Ingin mengambil peluang yang ada, seorang daripada kami bertanyakan kepada penduduk di situ sekiranya dia sedar bahawa mereka tinggal berdekatan dengan sungai yang paling tercemar di negara ini.

Reaksi penduduk tersebut langsung tidak terkejut, tetapi enggan dirakam oleh lensa kami.

Sungai Rambai turut dicemari dengan sampah sarap, bangkai haiwan dan ulat. 

Kalau kita lihat kawasan sungai, kita dapati airnya berwarna agak gelap dan ini berkemungkinan oleh percemaran yang berlaku di sungai ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan JAS Negeri Sembilan, Shazly Ab Rahim

"

Ingin mengambil peluang yang ada, penulis memberanikan diri untuk bertanya kepada penduduk sekiranya mereka sedar bahawa mereka duduk berdekatan dengan sungai yang paling tercemar di negara ini.

Kami menerima reaksi yang sama dari penduduk yang mana mereka seolah-olah tahu akan isu mengenai sungai tersebut namun enggan dan takut untuk di temuduga kerana akan mendapat ‘habuan’ sekiranya membuka mulut.

Neck, Jaw, Sleeve, Gesture
Head, Neck, Sleeve

I don't need sponsors,
I surf better when I'm broke anyway.

Dave Parmenter Surfer

“Saya sudah lama duduk di sini. Sungai  ini memang sangat kotor dan berbau tetapi saya tidak boleh cakap lebih-lebih atau saya kena”


Penduduk sekitar Sungai Rambai

“Aktiviti menyembelih lebih 1,000 ekor babi sehari pernah dilakukan dan pihak tidak bertanggungjawab itu membuang air darah babi ke dalam sungai menjadikan sungai itu lebih kotor dan berbau”

Penduduk Sekitar Sungai Rambai

Pendedahan dua penduduk itu membuatkan kami ingin terus menyelongkar misteri mengapa Sungai Rambai dilabel sebagai sungai paling tercemar.

Sebelum ini, kawasan berkenaan terkenal dengan aktiviti penternakan babi secara haram pada tahun 2014, namun Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) memaklumkan, pihak mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kegiatan penternakan babi pada ketika ini seperti yang didakwa penduduk.

Cumanya, JPVNS memaklumkan ada menerima laporan mengenai penyembelihan babi secara haram di Bukit Pelanduk. Lokasinya sekitar 9.7 kilometer atau 10 minit perjalanan dari Tanah Merah, Site A dan ia telah diambil tindakan oleh penguat kuasa.

Berdasarkan penjelasan dua penduduk itu, tanpa ditemani JAS Negeri Sembilan, kami mengambil keputusan meninjau ke lokasi lebih dalam di sepanjang Sungai Rambai untuk melihat sendiri apa yang didakwa oleh penduduk.

Tinjauan

Misteri air warna merah




di Sungai Rambai

Kira-kira dua kilometer perjalanan, terdapat sebuah kandang yang terbiar, namun tiada haiwan di kawasan tersebut. Tidak jauh dari situ, kami dikejutkan dengan penemuan air berwarna merah mengalir dari

saluran longkang terus ke dalam Sungai Rambai.

I don't need sponsors,
I surf better when I'm broke anyway.

Dave Parmenter Surfer

Penemuan air berwarna merah mengalir dari saluran longkang terus ke dalam

Sungai Rambai.

Hujan lebat menambahkan lagi bau tidak enak di sepanjang Sungai Rambai, namun ia tidak menghalang usaha kami untuk terus melakukan tinjauan walaupun hanya dari dalam kereta. Beberapa ketika menyusuri jalan kampung di sepanjang Sungai Rambai, di kiri dan kanan kami melihat banyak kandang haiwan (khinzir) yang seperti sudah lama ditutup atau ditinggalkan.

Timbul persoalan, ke mana semua haiwan tersebut pergi atau mungkinkah ia ‘disembunyikan’ di tempat lain bagi mengelak daripada dikesan? Apa sebenarnya yang berlaku di Sungai Rambai?

Semua persoalan ditinggalkan sebentar dan perjalanan diteruskan namun kami tiba-tiba dikejutkan jeritan salah seorang kru yang duduk di bahagian belakang. Rupa-rupanya dia ternampak sebuah longkang kecil yang mengalirkan air berwarna merah persis darah pekat!

Ancaman LORI BESAr

Semua persoalan ditinggalkan sebentar dan perjalanan diteruskan namun kami tiba-tiba dikejutkan jeritan salah seorang kru yang duduk di bahagian belakang. Rupa-rupanya dia ternampak sebuah longkang kecil yang mengalirkan air berwarna merah persis darah pekat!

Jiwa ‘detektif’ kami teruja untuk menyiasat lebih lanjut perihal longkang tersebut namun ketika mahu memberhentikan kereta, kami didatangi sebuah lori besar yang dipandu laju dari arah belakang kereta kami.

Lori besar tersebut mengekori rapat seolah-olah mahu ‘mengusir’ kami dari lokasi. Walaupun keadaan menjadi agak kelam-kabut, kru masih sempat merakam lokasi air berwarna merah tersebut melalui dalam kereta yang sedang bergerak.

Kami kemudian membuat keputusan beredar dari lokasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Jurukamera Sinar Harian, Ikhwan Azahari

Wartawan Sinar Premium, Liza Mokhtar

Tidak berpuas hati dengan hasil yang kami peroleh, malah timbul pula tanda tanya mengapa Sungai Rambai tercemar dengan begitu teruk serta penemuan air berwarna merah mengalir dari saluran longkang terus ke sungai, kami mengambil keputusan untuk turun semula ke lokasi pada 21 Februari lalu.

Dengan menaiki kenderaan sendiri dan temani wakil pertubuhan pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) tujuan kami untuk mengambil sampel dari lokasi air berwarna merah untuk di hantar ke makmal.

Kru Sinar Premium sudah empat kali kembali ke Sungai Rambai untuk pemantauan, namun menggunakan pendekatan penyamaran bagi mengelak dikejar 'lori samseng'.

“Saya sudah lama duduk di sini. Sungai  ini memang sangat kotor dan berbau tetapi saya tidak boleh cakap lebih-lebih atau saya kena”


Penduduk sekitar Sungai Rambai

“Aktiviti menyembelih lebih 1,000 ekor babi sehari pernah dilakukan dan pihak tidak bertanggungjawab itu membuang air darah babi ke dalam sungai menjadikan sungai itu lebih kotor dan berbau”

Penduduk Sekitar Sungai Rambai

SAMPEL AIR SUNGAI

Dua bekas air telah diperoleh, di mana satu bekas berisi sampel air berwarna merah dan satu lagi sampel air berhampiran sekolah.

Gambar menunjukkan perbezaan warna air mineral dalam botol kecil (kiri) berbanding warna air di sungai rambai di botol besar (kanan).




Bottled water, Bottle, Liquid, Drinkware, Fluid, Drink

UJIAN AIR

DI MAKMAL ALS

Kali ini, kehadiran kami tidak disedari oleh sesiapa memandangkan menggunakan peralatan yang minimum dan hanya merakam suasana dikawasan sekitar dengan menggunakan telefon bimbit.

Kru Sinar Harian mengambil sampel air Sungai Rambai di lokasi berlainan.

Dua sampel itu kemudian dihantar ke makmal ALS (Australian Laboratory Services) Technichem Malaysia di Gelnmarie, Shah Alam.

SKOR INDEKS

KUALITI AIR

Kelas 1-5 :

1

KEGUNAAN

2

KEGUNAAN

I) Konservasi alam sekitar semula jadi

II) Sumber air kelas 1 - Tiada rawatan praktikal

III) Perikanan kelas 1 - Spesis akuatik sangat sensitif

3

KEGUNAAN

I) Sumber air kelas 2 - Memerlukan rawatan konvensional

II) Perikanan kelas 2 - Spesis akuatik sensitif

III) Kegunaan rekreasi melibatkan sentuhan air

I) Sumber air kelas 3 - Memerlukan rawatan secara ekstensif

II) Perikanan kelas 3 - Nilai sumber ekonomi dan spesies biasa, sumber ternakan

4

KEGUNAAN

5

KEGUNAAN

I) Pengairan

I) Tiada yang di atas

I

Font
Slope, Font

Hasil Ujian Makmal Air Sungai Rambai . Hasil Ujian Makmal Air Sungai Rambai

Hasil Ujian Makmal Air Sungai Rambai . Hasil Ujian Makmal Air Sungai Rambai

SUNGAI RAMBAI ADA dna babI


Dua minggu tempoh masa diambil untuk menanti keputusan ujian sampel dan sebaik menerima keputusan ujian itu, ternyata lokasi mengalir air berwarna merah dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi manakala di Sungai Rambai berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tanah Merah Site A tidak dapat dikesan berkemungkinan ianya sudah terurai.

Tahap pencemaran sungai itu juga sangat tinggi di mana koliform najis di dalam sungai adalah sebanyak 6.4 juta colony forming unit (cfu)/100 mililiter (ml) iaitu nilai mengatasi Kelas Lima, Standard Kualiti Air Kebangsaan.

Nilai Bakteria Escherichia Coli (E. Coli) juga menjangkau 1.8 juta cfu/100ml dan langsung tidak sesuai untuk sentuhan manusia kerana nilai bakteria sangat tinggi dan boleh mendatangkan risiko patogenik kepada manusia.

Kehadiran DNA babi membuktikan Sungai Rambai tercemar dengan najis atau darah haiwan berkenaan walaupun ujian berkenaan belum diakreditasi mengikut keperluan ISO 17025 seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Makmal Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhamad Shirwan Abdullah Sani kepada kami.


      Dr Muhamad Shirwan Abdullah Sani  

      

    

Ketua Makmal Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Automotive design, Vision care, Building, Table, Eyewear, Laboratory

“Sekiranya ia lebih daripada had yang ditetapkan, itu telah menunjukkan bahawa sungai tersebut telah tercemar,”

Dr Muhamad Shirwan Abdullah Sani

Ketua Makmal Institut Penyelidikan

dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART),

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Berdasarkan Akta Alam Sekitar, terdapat parameter-parameter lain seperti Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5), Ammoniacal Nitrogen (NH3-N), Pepejal Terampai (SS), Keperluan Oksigen Kimia (COD), nilai pH dan Oksigen Terlarut (DO) untuk digunakan sebagai rujukan dan dibandingkan dengan had akta serta peraturan alam sekitar.



TAHAP BATERIA LUAR BIASA


Pakar kualiti air menilai Sungai Rambai sebagai sungai paling tercemar di Malaysia kerana tahap bakteria dan ammonia yang sangat tinggi sehingga boleh menjejaskan kehidupan akuatik serta mendatangkan risiko patogenik kepada manusia.

Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air, Ir Dr Zaki Zainudin berkata, keputusan dua sampel air sungai yang dihantar Sinar Premium kepada makmal ALS (Australian Laboratory Services) Technichem Malaysia menunjukkan sampel air Sungai Rambai mengandungi bakteria dan ammonia melepasi Kelas lima, Standard Kualiti Air Kebangsaan.


      Dr Zaki Zainudin   

      

    

Pakar Kualiti Air dan Permodelan



Dr Zaki menambah, apabila nilai bakteria terlalu tinggi dan jauh daripada nilai disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), air sungai itu tidak sesuai untuk sentuhan kulit manusia serta boleh memberi risiko kesihatan kepada penduduk setempat.

“Bagi sentuhan sekunder untuk air tawar, koliform najis yang disyorkan KKM adalah 1,000 colony forming unit (cfu) /100ml. Namun, daripada keputusan makmal ini, koliform najis di dalam sungai adalah 6.4 juta cfu/100ml iaitu jauh lebih tinggi daripada nilai disyorkan KKM. Nilai Bakteria Escherichia Coli (E. Coli) juga menjangkau 1.8 juta cfu/100ml.




Plant community, Water, Watercourse, Grass, Bank



Dr Zaki turut serta meninjau lokasi Sungai Rambai baru-baru ini selepas meneliti laporan ujian makmal diberikan Sinar Premium yang disifatkannya amat tercemar.

Di lokasi, Dr Zaki melakukan ujian kandungan oksigen dan mendapati ia semakin ber-kurangan, menghampiri lokasi mengalirnya air yang berwarna merah.

Dalam pada itu, katanya, tindakan dan penguatkuasaan yang boleh dikenakan kepada  pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa kumbahan ke dalam sungai adalah bergantung kepada perundangan kawalan punca pencemaran di negeri yang berbeza.


Keratan akhbar, Sinar Harian tentang

Sungai Ramai yang diterbitkan pada

12 dan 13 september 2022.

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

BERTINDAK TANGANI ISU

SUNGAI RAMBAI TERCEMAR

Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani isu Sungai Rambai di Lukut yang kini diklasifikasikan sebagai sungai paling tercemar di Malaysia.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri mengambil maklum bahawa memang terdapat penternakan babi secara haram di kawasan Sungai Rambai dan ia adalah pencemaran yang amat mendukacitakan.


Katanya, lantaran itu, kerajaan negeri akan menghantar notis pemakluman menghentikan aktiviti penternakan dan penyembelihan haram di kawasan tersebut.
Malah katanya, kerajaan negeri bersama Exco akan turun padang dalam tempoh seminggu ini untuk menasihati peladang supaya memindahkan semua ternakan yang ada di kawasan tersebut atau berdepan dengan tindakan tegas.


Datuk Seri Aminuddin Harun





Menteri Besar Negeri Sembilan







Dress shirt, Forehead, Microphone, Tie, Coat, Spokesperson, Suit

“Isu ini memang agak sensitif dalam suasana begini tetapi kami memikirkan kepentingan orang ramai.


“Saya yakin kalau tindakan diambil pun, itu adalah tanggungjawab kami sebagai kerajaan negeri untuk memastikan permasalahan umum rakyat dapat kita tangani dengan baik.


“Kita bukan mahu terus robohkan ladang-ladang tersebut. Walaupun kami mengikut peraturan, kami juga mengikut semangat kemanusiaan dan kekitaan bersama penduduk. Ini yang harus kami tegaskan,” katanya kepada Sinar Premium di Wisma Negeri.


Dalam pada itu, Aminuddin mengakui, pihak kerajaan negeri tidak pernah berdiam diri dalam isu pencemaran Sungai Rambai.


Katanya, sebelum ini memang ada notis pemberhentian aktiviti penternakan dan penyembelihan diserahkan kepada penternak, namun ada juga penduduk yang ingkar.




TINDAKAN TEGAS KEPADA PENTERNAK BABI HARAM

Keratan akhbar Sinar Harian tentang

Kerajaan Negeri Sembilan bertindak

tangani isu Sungai Rambai tercemar

diterbitkan pada 22 September

2022.

Keratan Akhbar Sinar Harian Tentang

Kerajaan Negeri Sembilan bertindak

tangani isu Sungai Rambai tercemar

diterbitkan pada 22 september

2022 yang lalu.